20 October 2020

FGV Holdings Berhad wish to provide clarification on the Land Lease Agreement (LLA) between FELDA and FGV.

At the present moment, FELDA has yet to contact FGV to negotiate matters regarding the LLA. Under the terms of the agreement, termination of the LLA is allowed.

If FELDA issues notice on this matter, FGV will follow the procedures outlined in the LLA.

The assets involved in the LLA are estates and do not include FGV’s oil palm mills.

If FELDA wishes to purchase FGV’s oil palm mills it should be based on “willing buyer, willing seller” and current market value. It also needs the approval of other shareholders through an Extraordinary General Meeting (EGM).

FGV would like to offer an explanation with regards to the statement made by FELDA which states that before the IPO in 2012, FELDA had a profit of more than RM1 billion and after the existence of FGV as a public listed company, FELDA suffered losses every year and its total debt increased.

With regards to the above, FGV would like to present the following facts:

  • When the LLA was signed in 2011, the price of crude palm oil (CPO) was at around RM3,000 / tonne and the projected income of FELDA (through LLA) used the price of RM2,800 / tonne. CPO pricing plays the most important role in determining the company’s profit or loss. After the IPO in 2012, the payment to FELDA from FGV did not meet FELDA’s projections due to the decline in CPO price.
  • The yield on FFB is lower than expected as 50% of the trees inherited by FGV in 2012 are considered old trees (more than 21 years). In addition, 15,000 hectares of land per year was allocated for replanting contributing to the reduction of FGV’s income.
  • Replanting expenses for the 15,000 hectares were in the range of RM300 million per annum. In addition to this, the cost of fertilisation and rehabilitation is RM300 million per annum.
  • FGV chooses to replant and upgrade the estates in order to achieve long-term sustainability. As a result, FGV has been able to reduce the percentage of old trees by about 30%. The LLA land is better and much improved compared to those given to FGV during the IPO.
  • The FGV IPO is often said to be the cause of FELDA’s failure and downfall. The real issue is the use of revenue from the IPO, and not the IPO itself. FELDA has earned RM5.7 billion from this IPO while FGV has earned RM4.5 billion.
  • FGV cannot comment on how FELDA uses the proceeds from the IPO. Unfortunately for FGV, part of the proceeds was not well invested. Up until the end of 2018, FGV has made substantial impairments amounting to RM780 million for those new investments.
  • FELDA’s statement that it should receive RM800 million a year from the LLA is not correct. In the agreement, it is stated that the amount payable to FELDA is RM248 million a year plus 15% of the operating profit from LLA land.
  • To date, FGV’s responsibility towards FELDA (according to LLA) amounting to RM248 million a year has been fully met. FGV has paid more than RM2.5 billion to FELDA from 2012 to 2019.

We will make the relevant announcements at the appropriate time in the event of material development on this matter.

FGV Holdings Berhad

 

 

 

FGV Holdings Berhad ingin memberikan penjelasan mengenai Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) antara FELDA dan FGV.

Buat masa ini, FELDA belum lagi menghubungi pihak FGV untuk berunding perkara berkaitan LLA. Di bawah syarat perjanjian, penamatan LLA dibenarkan.

Sekiranya FELDA mengeluarkan notis tentang perkara ini, FGV akan mengikuti prosedur yang telah dinyatakan dalam LLA tersebut.

Aset-aset yang terlibat dalam LLA adalah ladang-ladang, dan tidak termasuk kilang-kilang kelapa sawit milik FGV.

Sekiranya FELDA berhasrat ingin membeli kilang-kilang kelapa sawit FGV, ia harus berdasarkan “pembeli bersedia, penjual bersedia” dan nilai pasaran semasa. Ia juga memerlukan kelulusan pemegang-pemegang saham yang lain melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

FGV ingin memberikan penjelasan berkenaan dengan kenyataan oleh pihak FELDA bahawa sebelum IPO pada tahun 2012, FELDA mempunyai keuntungan lebih dari RM1 billion dan selepas FGV wujud sebagai syarikat senaraian awam, FELDA mengalami kerugian setiap tahun dan jumlah hutang meningkat.

Berkenaan dengan perkara di atas, FGV ingin mengemukakan fakta-fakta yang berikut:

  • Ketika LLA ditandatangani pada tahun 2011, harga minyak sawit mentah atau crude palm oil (CPO) berada pada paras sekitar RM3,000/tan dan unjuran pendapatan FELDA (melalui LLA) menggunakan harga RM2,800/tan. Harga CPO memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian syarikat. Selepas IPO pada tahun 2012, pembayaran kepada FELDA daripada FGV tidak menepati unjuran FELDA kerana penurunan harga CPO.
  • Hasil pada tandan buah segar (TBS) lebih rendah daripada yang dijangkakan kerana 50% pokok-pokok yang diwarisi oleh FGV pada tahun 2012 dianggap sebagai pokok tua (lebih daripada 21 tahun). Tambahan pula, 15,000 hektar tanah setiap tahun diperuntukkan untuk penanaman semula yang menyumbang kepada pengurangan pendapatan FGV.
  • Perbelanjaan penanaman semula untuk kawasan seluas 15,000 hektar adalah dalam lingkungan RM300 juta setahun. Di samping itu, kos pembajaan dan pemulihan adalah RM300 juta setahun.
  • FGV memilih untuk menanam semula dan menaik taraf ladang-ladang untuk mencapai kelestarian jangka panjang. Hasilnya, FGV telah berjaya mengurangkan peratusan pokok tua sekitar 30%. Tanah LLA lebih elok dan bertambah baik berbanding dengan apa yang diberikan kepada FGV semasa IPO.
  • IPO FGV sering kali dikatakan punca kegagalan dan kejatuhan FELDA. Isu sebenarnya adalah penggunaan hasil pendapatan daripada IPO, dan bukan IPO itu sendiri. FELDA memperolehi RM5.7 bilion daripada IPO ini manakala FGV memperolehi RM4.5 bilion.
  • FGV tidak dapat mengulas bagaimana FELDA menggunakan hasil daripada IPO. Malang bagi FGV, sebahagian daripada hasil tidak dilaburkan dengan baik. Sehingga akhir 2018, FGV telah membuat rosot nilai besar berjumlah RM780 juta untuk pelaburan baharu tersebut.
  • Kenyataan FELDA bahawa ia harus menerima RM800 juta setahun daripada LLA adalah tidak benar. Dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa jumlah yang perlu dibayar kepada FELDA adalah RM248 juta setahun serta 15% keuntungan operasi daripada tanah LLA.
  • Sehingga ke hari ini, tanggungjawab FGV kepada FELDA (menurut LLA) berjumlah RM248 juta setahun telah dipenuhi sepenuhnya. FGV telah membayar lebih daripada RM2.5 bilion kepada FELDA dari tahun 2012 hingga 2019.

Kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini.

FGV Holdings Berhad

 

Find