23 April 2020

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2020: This year’s Ramadan and the upcoming Syawal will certainly be different with the presence of the COVID-19 outbreak worldwide. Nevertheless, FGV Holdings Berhad (FGV)’s subsidiary, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) is set to brighten the atmosphere with various exciting activities.

FGV Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan said the public’s support towards FGV Group’s products such as SAJI, ADELA, SERI PELANGI, and PRAI Sugar, as well as its latest dairy products, BRIGHT COW was overwhelming throughout the Movement Control Order (MCO) and this has inspired DOP to create a special Ramadan campaign for all levels of society.

“This year’s Ramadan is certainly different, we could no longer do many things that we used to such as going to Ramadan bazaars. However, FGV sees this in a positive light and hopes more families are able to cook meals together at home using FGV products,” said Haris Fadzilah.

SAJI will be launching ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’ campaign from April 24 to May 22, 2020, where consumers who purchase any FGV products will only need to send a receipt with their full name via WhatsApp to 017-6428 765. SAJI will donate the purchase value in the form of FGV products and cash, on behalf of the user, to be distributed to selected non-governmental organisations (NGOs).

In addition, for the first time, the DOP’s brand SAJI also launched its ‘Pahala Berganda-Ganda’ (Good Deed Multiplies) campaign. with the popular animation Omar & Hana, from April 24 to May 23, 2020. Children who are unable to attend school can gain knowledge through the children’s program featuring famous personalities, including preachers Ustazah Isfadiah, Ustaz Elyas Ismail, Qariah Farhatul Fairuzah and popular singers Hafiz Hamidun and Naim Daniel.

The public also has the chance to win cash prizes by participating in the #BukaBersamaSAJI, video contest, where 12 winners will be selected via its official Facebook and Instagram @SajiMalaysiaOfficial. Also, get new recipes every day for buka puasa or sahur from the social media site.

Visit Facebook @SajiMalaysiaOfficial and Instagram @sajimalaysiaofficial for more information.

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2020: Ramadan dan Syawal kali ini pasti berbeza dengan kehadiran wabak COVID-19 yang masih menular di serata dunia. Walaupun begitu, pelbagai aktiviti menarik bakal dijayakan oleh anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV), Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) bagi menceriakan suasana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, sokongan orang ramai terhadap produk keluaran FGV seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, dan Gula PRAI, serta produk tenusu terbaharu iaitu BRIGHT COW tetap rancak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini menjadi dorongan kepada jenama-jenama tersebut menyediakan kempen Ramadan istimewa untuk semua lapisan masyarakat.

“Ramadan kali ini memang berbeza, banyak perkara yang dilakukan tahun lalu terpaksa dilupakan seperti keluar membeli juadah di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, FGV melihat perkara ini dari sudut positif dan mengharapkan agar lebih ramai keluarga dapat menyediakan juadah bersama-sama di rumah dengan menggunakan produk keluaran FGV,” ujar Haris Fadzilah.

SAJI akan melancarkan kempen ‘Kongsi Rezeki Seikhlas Hati’ bermula dari 24 April sehingga 22 Mei 2020, di mana pengguna yang membeli mana-mana produk keluaran FGV hanya perlu menghantar resit berserta nama penuh melalui WhatsApp ke 017-6428 765. SAJI akan mendermakan nilai pembelian tersebut dalam bentuk barangan keluaran FGV dan wang tunai. di atas nama pengguna, untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih.

Selain daripada itu, buat julung kalinya, DOP melalui jenama SAJI melancarkan kempen ‘Pahala Berganda-Ganda’ bersama animasi popular Omar & Hana bermula 24 April hingga 23 Mei 2020. Anak-anak yang tidak dapat ke sekolah boleh menimba ilmu melalui rancangan kanak-kanak tersebut yang menampilkan personaliti terkenal, antaranya pendakwah Ustazah Isfadiah, Ustaz Elyas Ismail, Qariah Farhatul Fairuzah serta penyanyi popular Hafiz Hamidun dan Naim Daniel.

Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dengan menyertai peraduan video #BukaBersamaSAJI, di mana 12 pemenang akan dipilih menerusi laman Facebook dan Instagram @SajiMalaysiaOfficial. Dapatkan juga resipi-resipi baharu setiap hari untuk inspirasi berbuka atau sahur dari laman media sosial tersebut.

Layari Facebook @SajiMalaysiaOfficial dan Instagram @sajimalaysiaofficial untuk maklumat lanjut.

Tamat

 

Find