28 October 2020

FGV’s Triang biogas power plant

KUALA LUMPUR, 28 October 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV)’s recently installed biogas power plant at its Triang palm oil mill in Bera, Pahang, is FGV’s biggest renewable energy biogas power plant to date with an installed capacity of 2.4 megawatts (MW).

FGV’s Triang biogas power plant is successfully commissioned and fully-operational after receiving the Feed-in-Tariff (FiT) Completion Date (FiTCD) from the Malaysia Sustainable Energy Development Authority (SEDA) on 20 October 2020.

Through SEDA, FGV secures a quota for 2.0 MW of export capacity to Tenaga Nasional Berhad (TNB)’s national grid to distribute electricity to 15,000 homes in Felda Triang, Felda Sebertak, Felda Purun, Felda Bukit Kepayang and Felda Tementi which are located within a 30km radius from the biogas power plant. Other surrounding areas include neighbouring towns, clinics, mosques, offices and small shops.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, said the electrical power support provided by FGV’s Triang biogas power plant acts as an alternative form of green energy for TNB, which reduces the risk of outage to ensure a better and steadier stream of electricity.

“In line with the government’s renewable energy agenda, the power plant offers an efficient form of renewable energy through biogas from its Palm Oil Mill Effluent (POME) which reduces the need to burn more coal or natural gas that could potentially harm the environment,” Haris Fadzilah added.

FGV’s Triang biogas power plant building

It also produces enough biogas to generate power transmitted to the TNB electrical substation which is connected to the national grid. During peak transmission, the biogas power plant is able to produce up to 10 million kilowatt-hours (kWh) per year, which translates into a revenue of RM5 million per year for the Palm Oil Mill (POM).

The installation of the biogas power plant also enhances the POM’s water treatment capacity, thus greatly improving its discharge quality to the nearby river. The POM is also equipped with a POME polishing plant to further increase water discharge quality.

Apart from the Triang biogas power plant, FGV currently owns four other existing FiT biogas plants to export electricity to the national grid located in Mersing with 1.6 MW capacity, as well as in Maokil, Segamat and Tenggaroh with 1.2 MW capacity respectively.

FGV’s Triang biogas engine

In addition to FiT biogas power plants, FGV also contributes to rural electrification for townships without access to the TNB national grid, such as Felda Umas and Felda Baiduri Ayu in Sabah. This is done through injecting electrical power to the local grid owned by Felda Investment Corporation (FIC) that traditionally uses diesel generators to enable the local population to enjoy clean renewable electricity with a lower cost of energy generation.

 FGV is currently the world’s only palm plantation company that owns 28 biogas power plants and also the first to develop a palm-based commercial-scale Bio-Compressed Natural Gas (Bio-CNG) plant in Malaysia. With sustainability embedded and ingrained in all aspects of its operations, FGV is fully committed to ensuring consistent efforts and initiatives are carried out to improve our carbon emission footprint, utilisation of green resources, compliance with regulations, and contribution to society and the environment.

End

Loji janakuasa biogas FGV di Triang, Pahang

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2020 – Loji janakuasa biogas FGV Holdings Berhad (FGV) yang baru dibina di kilang minyak sawit Triang di Bera, Pahang baru-baru ini merupakan loji janakuasa tenaga boleh diperbaharui biogas terbesar FGV setakat ini dengan kapasiti 2.4 megawatt (MW).

Loji janakuasa biogas FGV Triang berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya setelah menerima Feed-in-Tariff (FiT) Completion Date (FiTCD) dari Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) pada 20 Oktober 2020.

Melalui SEDA, FGV memperoleh kuota kapasiti eksport sebanyak 2.0 MW kepada grid nasional Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengagihkan elektrik ke 15,000 rumah di Felda Triang, Felda Sebertak, Felda Purun, Felda Bukit Kepayang dan Felda Tementi yang terletak di dalam jarak 30km dari loji janakuasa biogas berkenaan. Kawasan sekitar yang lain termasuk bandar-bandar berdekatan, klinik, masjid, pejabat dan kedai-kedai kecil.

Bangunan Loji janakuasa biogas FGV di Triang, Pahang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata sokongan tenaga elektrik yang disediakan oleh loji janakuasa biogas Triang FGV bertindak sebagai tenaga hijau alternatif untuk TNB, yang mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik untuk memastikan aliran yang lebih baik dan stabil.

“Sejajar dengan agenda tenaga boleh diperbaharui kerajaan, loji janakuasa biogas berkenaan menawarkan tenaga boleh diperbaharui yang efisien melalui biogas daripada Palm Oil Mill Effluent (POME), sekaligus mengurangkan keperluan untuk membakar lebih banyak arang batu atau gas asli yang berpotensi membahayakan alam sekitar,” tambah Haris Fadzilah.

Ia juga menghasilkan biogas yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga untuk ditransmisi ke pencawang elektrik TNB yang disambungkan ke grid nasional. Semasa transmisi puncak, loji janakuasa biogas Triang FGV mampu menghasilkan sehingga 10 juta kilowatt-hour (kWh) setahun, justeru menjana pendapatan kira-kira RM5 juta setahun untuk Kilang Sawit (KS) berkenaan.

Pemasangan loji janakuasa biogas berkenaan juga membantu meningkatkan kapasiti rawatan air KS, justeru meningkatkan kualiti pembuangan air ke sungai berdekatan. KS juga dilengkapi dengan loji rawatan POME untuk meningkatkan lagi kualiti pembuangan air.

Enjin biogas 

Selain daripada loji janakuasa biogas Triang, FGV juga memiliki empat loji biogas FiT sedia ada untuk mengeksport elektrik ke grid nasional yang terletak di Mersing dengan kapasiti 1.6 MW, serta di Maokil, Segamat dan Tenggaroh masing-masing dengan kapasiti 1.2 MW.

Sebagai tambahan kepada loji janakuasa biogas FiT, FGV juga menyumbang kepada penjanaan elektrik luar bandar untuk kawasan yang tidak mempunyai capaian ke grid nasional TNB, seperti Felda Umas dan Felda Baiduri Ayu di Sabah. Ini dilakukan dengan menyuntik tenaga elektrik ke grid tempatan dimiliki oleh Felda Investment Corporation (FIC) yang kebiasaannya menggunakan penjana diesel untuk membolehkan penduduk tempatan menikmati tenaga elektrik yang boleh diperbaharui dengan kos penjanaan tenaga yang lebih rendah.

 FGV kini merupakan satu-satunya syarikat perladangan sawit di dunia yang memiliki 28 loji tenaga biogas dan juga yang pertama membina loji Bio-Compressed Natural Gas (Bio-CNG) berskala komersial berasaskan sawit di Malaysia. Dengan kelestarian yang tersemat dan tertanam dalam semua aspek operasinya, FGV beri komitmen penuh dalam memastikan usaha dan inisiatif yang konsisten dilakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan penggunaan sumber hijau, memastikan kepatuhan kepada perundangan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan alam sekitar.

Tamat

 

Find