23 March 2022

MAFI Minister Launches SAJI Aroma Malaysian Fragrant Rice

TANJONG KARANG, 29 March 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV), through its subsidiary FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), has signed a Memorandum of Collaboration (MoC) with Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) in a strategic move to strengthen the nation’s fragrant rice industry.

FGV has successfully implemented FGVIF’s Fortified Field™ Fragrant Rice (3FR) contract farming programme, which optimises local fragrant rice paddy farming through smart and effective agriculture practices and technologies. It is now expanding the programme with BERNAS at more locations nationwide.

From left: Abdul Razak Aya, Head of Integrated Farming, FGV Holdings Berhad, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Deputy Minister of Agriculture and Food Industries and Norhisham Abdul Rahman, Head of Plantation Management Department, BERNAS.

The MoC signing was held today at Kilang Beras BERNAS Seri Tiram Jaya here in the presence of Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Minister of Agriculture and Food Industries.

FGV also had the honour of Dr Kiandee launching SAJI Aroma fragrant rice, which will hit the stores in May. SAJI Aroma is produced locally by farmers in Barat Laut Selangor and Seberang Perak from MRQ76 seeds, one of MARDI’s top fragrant rice varieties known for its quality, taste and high yield.

In his speech, Dr Kiandee lauds the successful efforts by FGV and BERNAS in implementing MAFI’s Large-Scale SMART Paddy Field (SMART SBB), a megaproject launched last year as part of the government’s initiative to improve the standard of living of local paddy farmers.

“The efforts to develop the MRQ76 on large scales will complete the value chain in the nation’s paddy and rice subsector. Currently, MAFI is also planning to collaborate with local researchers with the full support of industry players, to deepen and expand scientific studies related to the use of fragrant rice, which is increasingly seen to be the main choice of Malaysians,” said Dr Kiandee.

From left: Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Deputy Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Minister of Agriculture and Food Industries, and Abdul Razak Aya, Head of Integrated Farming, FGV Holdings Berhad at the launch of SAJI Aroma Malaysian fragrant rice.

To date, FGVIF has managed to plant over 600 hectares of fragrant rice in Selangor and Perak states under its 3FR programme in just over a year, while BERNAS has expanded its Smart SBB’s development area for local white rice and fragrant rice, from four locations in the early of 2021 to 12 areas nationwide.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV, said; “We are thrilled to work together with BERNAS in implementing 3FR in more locations, giving our local paddy farmers higher returns from their crops. These are in line with FGV’s aspirations, as a food producer, to become a player in the local rice industry and contribute to the country’s food security.”

Nazrul said FGVIF also plans to initiate corn fodder planting in between paddy planting seasons to increase farmers’ income. FGV’s animal feed brand ALMA can be the conduit for this initiative to promote the high protein and energy content in corn fodder, in the mix ration feed for the livestock industry including dairy cattle.

Abdul Rahman Mohd Nasri, Head of Upstream and Concession Management Division BERNAS said; “BERNAS is committed to fulfilling the mandate by MAFI in developing the Smart SBB project. In addition, this collaboration will also focus on the downstream areas, which will enable both parties to leverage on our core capabilities and expertise in achieving operational efficiencies.

With the partnership, FGV and BERNAS will also look into the vast potential for research and development growth for the industry, explore by-products activities for animal feed and leverage each other’s distribution and logistics capabilities.

SAJI Aroma is currently available on FGV’s e-commerce platform GOGOPASAR.com in 1kg and 5kg packaging.

End

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Lancar SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia

TANJONG KARANG, 29 Mac 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam langkah strategik mengukuhkan industri beras wangi negara.

Dari kiri: Abdul Razak Aya, Ketua Pertanian Bersepadu, FGV Holdings Berhad, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan and Norhisham Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Perladangan, BERNAS.

FGV telah berjaya melaksanakan program pertanian kontrak FGVIF di bawah Program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR), yang mengoptimumkan penanaman beras wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian yang pintar dan berkesan. Program ini kini diperluas bersama-sama dengan BERNAS di lebih banyak lokasi di seluruh negara.

Majlis MoC yang diadakan pada hari ini di Kilang Beras BERNAS Seri Tiram Jaya dihadiri oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

FGV juga berbesar hati kerana Dr Kiandee turut melancarkan beras wangi SAJI Aroma, yang akan mula dijual Mei ini. SAJI Aroma dihasilkan oleh petani tempatan di Barat Laut Selangor dan Seberang Perak dengan benih MRQ76, salah satu varieti beras wangi unggul MARDI yang terkenal dengan kualiti, rasa dan hasil yang tinggi.

Dalam ucapannya, Dr Kiandee memuji kejayaan usaha FGV dan BERNAS dalam melaksanakan Program Sawah Padi Pintar Berskala Besar (SMART SBB) MAFI, sebuah projek mega yang dilancarkan tahun lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup petani padi tempatan.

“Usaha untuk membangunkan MRQ76 secara besar-besaran akan melengkapkan rantaian nilai dalam subsektor padi dan beras negara. Pada masa ini, MAFI juga merancang untuk bekerjasama dengan penyelidik tempatan dengan sokongan penuh pemain industri, bagi mendalami dan meluaskan kajian saintifik berkaitan penggunaan beras wangi, yang dilihat semakin menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,” kata Dr Kiandee.

Dari kiri: Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, dan Abdul Razak Aya, Ketua Pertanian Bersepadu, FGV Holdings Berhad pada pelancaran SAJI Aroma beras wangi Malaysia.

Sehingga kini, FGVIF telah berjaya menanam lebih 600 hektar padi wangi di negeri Selangor dan Perak di bawah program 3FR dalam tempoh setahun sahaja, manakala BERNAS telah meluaskan kawasan pembangunan Smart SBB untuk beras putih dan beras wangi tempatan, dari empat lokasi pada awal tahun 2021 ke 12 kawasan di seluruh negara.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, berkata; “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan BERNAS dalam melaksanakan 3FR di lebih banyak lokasi, memberikan petani tempatan kita pulangan yang lebih tinggi daripada hasil tanaman mereka. Ini adalah selaras dengan aspirasi FGV, sebagai pengeluar makanan, untuk menjadi pemain dalam industri beras tempatan dan menyumbang kepada keselamatan makanan negara.”

Nazrul berkata FGVIF juga merancang untuk memulakan penanaman jagung di antara musim penanaman padi bagi meningkatkan pendapatan petani. Jenama makanan haiwan FGV ALMA boleh menjadi saluran untuk usaha ini dalam mempromosikan kandungan protein dan tenaga yang tinggi dalam makanan ternak berasaskan jagung, serta dalam makanan campuran untuk industri ternakan termasuk lembu tenusu.

Abdul Rahman Mohd Nasri, Ketua Bahagian Pengurusan Huluan dan Konsesi BERNAS berkata; “BERNAS komited untuk memenuhi mandat MAFI dalam membangunkan projek Smart SBB. Di samping itu, kerjasama ini juga akan memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran, yang akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan keupayaan teras dan kepakaran kami dalam mencapai kecekapan operasi.<

Dengan kerjasama itu, FGV dan BERNAS juga akan melihat potensi besar untuk pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan bagi industri, meneroka aktiviti produk sampingan untuk makanan haiwan dan memanfaatkan keupayaan pengedaran dan logistik masing-masing.

SAJI Aroma kini boleh didapati di platform e-dagang FGV, GOGOPASAR.com dalam pembungkusan 1kg dan 5kg.

Tamat

Find