11 March 2021

Introduces new range of palm based products to reduce Malaysia’s dependency on animal feed import

Kuala Lumpur, 11 March 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) through its subsidiary, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) has launched its high-quality animal feed brand ALMA, for FGV’s expanding animal feed and animal nutrition business.

ALMA’s product range for livestock

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said the company’s domestic sales of palm kernel expeller (PKE) and animal feed products have increased from only 8,000 metric tonnes (MT) in 2018 to 39,000 MT last year with a compound annual growth rate (CAGR) of 121 percent.

“For 2021, FGV is allocating 75,000 MT which is equivalent to 20 percent of our annual PKE production for the production of animal feed. We target to achieve 150,000 MT by the year 2024. Based on the ruminant statistics in Malaysia, the requirement of an animal feed concentrate is approximately 240,000 MT per year, in which FGV has already supplied 17 percent of this requirement last year to meet the demand of our local farmers. We shall be able to contribute approximately 60 percent of the local concentrate feed demand for ruminant by year 2024,” said Haris Fadzilah. 

“FGV will continuously support the local animal feed industry to remain self-sufficient. Our new range of ALMA animal feed products are free of antibiotics and include healthy formulations for beef and dairy cattle feed, goat and sheep feed, chicken and native chicken feed, natural mineral feed and additional feed for livestock. We have also established our distributorship programme to ensure that the feed reaches our local farmers effectively throughout the Peninsular and shall increase the numbers of distributors this year,” he added.

“As a feed and animal nutrition manufacturer with more than 30 years of experience in processing palm kernels, FGV ensures the feed quality and safety of our products are of the highest standards with emphasis on increased productivity for sustainable livestock farming. ALMA animal feed products contain ingredients which are approved by the Food and Drug Administration (FDA) such as grains, minerals and vitamins, and does not contain prohibited waste materials from animals such as blood, bones or internal organs. Internal sourcing of PKE is also very important for traceability, which is another key feature of our products,” he continued.

In conjunction with ALMA’S product launching, FGV and the Department of Veterinary Services Malaysia (DVS) had worked together in providing relief for local animal farmers who were affected by the recent flood situation in Selangor, Pahang, Kelantan and Terengganu. The East Coast region records the largest number of livestock per capita in Malaysia, and is the most affected region by the recent flash floods disaster.

A total of 800 bags of ALMA animal feed equivalent to 40 MT, were contributed in stages to 300 farmers from 22 February until 7 March 2021. A flag-off event was held at DVS’s Headquaters in Putrajaya, and was officiated by Dato’ Dr Norlizan Mohd Noor, Director-General of DVS to mark the deliveries of ALMA animal feed to Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT) in Ulu Lepar Gambang (Pahang), Pusat Veterinari Manir (Terengganu) and Pusat Veterinari in Kubang Kerian (Kelantan). Each location received 200 bags of ALMA animal feed products.

FGV operates four kernel crushing plants located in Kuantan (Pahang), Pasir Gudang (Johor), Pandamaran (Selangor) and Lahad Datu (Sabah) to produce PKE. For those interested to purchase FGV’s ALMA product range may send their inquiries to aztidian.a@fgvholdings.com / FGVIF social media at @fgvalma, or contact FGVIF’s nationwide official distributors.

END

Memperkenalkan rangkaian produk berasaskan sawit baharu untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan haiwan

Kuala Lumpur, 11 March 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) telah melancarkan jenama makanan haiwan berkualiti tinggi ALMA, untuk perniagaan makanan haiwan dan makanan nutrisi haiwan milik FGV yang semakin berkembang.

Rangkaian produk ALMA untuk haiwan ternakan

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata jualan domestik syarikat bagi dedak isirung sawit (PKE) dan produk makanan haiwan telah meningkat daripada hanya 8,000 metrik tan (MT) pada tahun 2018 kepada 39,000 MT tahun lalu dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 121 peratus.

“Untuk 2021, FGV memperuntukkan 75,000 MT bersamaan dengan 20 peratus pengeluaran PKE tahunan kami untuk penghasilan makanan haiwan. Kami mensasarkan untuk mencapai 150,000 MT menjelang tahun 2024. Berdasarkan statistik ruminan di Malaysia, keperluan konsentrat makanan haiwan adalah kira-kira 240,000 MT setiap tahun, di mana tahun lalu FGV telah membekalkan 17 peratus daripada keperluan tersebut bagi memenuhi permintaan petani tempatan. Kami akan dapat menyumbang sekitar 60 peratus permintaan konsentrat makanan tempatan untuk haiwan ruminan menjelang tahun 2024,” kata Haris Fadzilah.

“FGV akan terus menyokong industri makanan haiwan tempatan untuk kekal mampu diri (self-sufficient). Rangkaian produk makanan haiwan ALMA baharu kami bebas daripada antibiotik dan merangkumi formulasi yang sihat untuk makanan lembu dan lembu tenusu, makanan kambing dan biri-biri, makanan ayam dan ayam tempatan, makanan mineral semulajadi dan makanan tambahan untuk ternakan. Kami juga telah mewujudkan program pengedaran untuk memastikan makanan itu sampai ke petani tempatan dengan efektif di seluruh Semenanjung dan akan meningkatkan jumlah pengedar tahun ini,” tambahnya.

“Sebagai pengeluar makanan dan nutrisi haiwan dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam memproses isirung sawit, FGV memastikan kualiti makanan dan keselamatan produk kami berada pada standard tertinggi dengan penekanan pada peningkatan produktiviti untuk penternakan mampan. Produk makanan haiwan ALMA mengandungi bahan-bahan yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) seperti biji-bijian, mineral dan vitamin, dan tidak mengandungi bahan buangan terlarang daripada haiwan seperti darah, tulang atau organ dalaman. Sumber dalaman PKE yang dapat dikesan (traceability) juga sangat penting, yang merupakan salah satu ciri utama produk kami,” jelas beliau.

Bersempena dengan pelancaran produk ALMA, FGV dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) telah bekerjasama memberi bantuan kepada petani haiwan tempatan yang terjejas oleh situasi banjir di Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu baru-baru ini. Wilayah Pantai Timur mencatatkan jumlah ternakan per kapita terbesar di Malaysia, dan merupakan wilayah yang paling terjejas oleh bencana banjir kilat baru-baru ini.

Sebanyak 800 beg makanan haiwan ALMA bersamaan dengan 40 MT, disumbangkan secara berperingkat kepada 300 petani dari 22 Februari hingga 7 Mac 2021. Acara ‘flag-off’ telah diadakan di Ibu Pejabat DVS di Putrajaya, dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah DVS Dato’ Dr Norlizan Mohd Noor untuk menandakan penghantaran makanan haiwan ALMA ke Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT) di Ulu Lepar Gambang (Pahang), Pusat Veterinari Manir (Terengganu) dan Pusat Veterinari di Kubang Kerian (Kelantan). Setiap lokasi menerima 200 beg produk makanan haiwan ALMA.

FGV mengendalikan empat kilang penghancuran isirung yang terletak di Kuantan (Pahang), Pasir Gudang (Johor), Pandamaran (Selangor) dan Lahad Datu (Sabah) untuk menghasilkan PKE. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rangkaian produk ALMA FGV boleh menghantar pertanyaan mereka ke aztidian.a@fgvholdings.com / media sosial FGVIF di @fgvalma, atau menghubungi pengedar rasmi FGVIF di seluruh negara.

TAMAT

Find