2 June 2021

As an organisation that is in the essential food industry, FGV assures that all its products will be available throughout the lockdown period

KUALA LUMPUR, 2 June 2021 – Following the nationwide 14-day ‘total lockdown’ as recently announced by the Government, FGV Holdings Berhad (FGV) is ensuring a sufficient supply of its consumer products for the market.

FGV’s product range includes cooking oil, sugar, rice, coconut milk, margarine, vanaspati, instant noodles, creamers, fresh milk and various other food products under the brands SAJI, ADELA, GULA PRAI, SERI PELANGI, TIGA UDANG, BRIGHT COW and PREMEO.

Azman Ahmad, FGV’s Officer-In-Charge and Group Divisional Director of Logistics and Support Businesses Sector said, “As an organisation that is in the essential food industry, we assure that all FGV products will be available throughout this challenging period.”

“We will continue working vigilantly with our production factories and suppliers while adhering to the strict standard operating procedures (SOP) set. This to ensure that our end-to-end food supply chain from raw materials to packaging and delivery will not be disrupted during the total lockdown phase,” added Azman Ahmad.

“Furthermore, FGV is also helping to reduce the mobility of our consumers during this lockdown through Gogopasar, FGV’s e-commerce grocery marketplace. Gogopasar is currently increasing its next-day home deliveries for fresh vegetables, fruits, seafood, meat and chicken to meet the needs of consumers in Klang Valley,” he continued.

Gogopasar’s app is available for Android and iOS users, as well as via its portal www.gogopasar.com.

FGV also offers additional online shopping options for its consumers, where products are readily available on the KedaiFGV platform via its website www.kedaifgv.com, as well as on Shopee at https://shopee.com.my/kedaifgv.

FGV ensures that its end-to-end food supply chain from raw materials to packaging and delivery will not be disrupted during the total lockdown phase

FGV has full integrated supply chains from farm to table, especially through palm-based products which help to ensure enough supply of oils and fats to the market. Through its Integrated Farming sector, FGV is embarking on new food segments such as cash crops, paddy as well as dairy to contribute to the nation’s food security and reduce dependency on imported goods.

“Sufficient supply of our new high-value cash crops such as MD2 pineapples and Cavendish bananas under the Ladang’57 brand is also available in the local market throughout the lockdown period.”

“Apart from consumer products, FGV’s animal feed products’ supply under the ALMA brand is currently catering adequately to the local demand for cattle, dairy cattle, goats, sheep and chicken feed, as the industry is also considered as essential by the Government,” added Azman Ahmad.

 

END

Sebagai sebuah organisasi yang berada dalam industri makanan perlu, kami memberi jaminan bahawa semua bekalan produk FGV tersedia sepanjang tempoh SPP

KUALA LUMPUR, 2  Jun 2021 – Berikutan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP)  selama 14 hari di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini, FGV Holdings Berhad (FGV) memastikan bekalan produk penggunanya mencukupi untuk pasaran.

Rangkaian produk FGV merangkumi minyak masak, gula, beras, santan, marjerin, vanaspati, mi segera, krimer, susu segar dan pelbagai produk makanan lain di bawah jenama SAJI, ADELA, GULA PRAI, SERI PELANGI, TIGA UDANG, BRIGHT COW dan PREMEO.

Azman Ahmad, Pegawai Bertanggungjawab (Officer-In-Charge) dan Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV berkata, “Sebagai sebuah organisasi yang berada dalam industri makanan penting, kami memberi jaminan bahawa semua bekalan produk FGV tersedia sepanjang tempoh yang mencabar ini.”

“Kami akan terus bekerja keras bersama dengan kilang produksi dan pembekal kami, sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Ini untuk memastikan bahawa kesuluruhan rantaian bekalan makanan dari bahan mentah hingga pembungkusan dan penghantaran tidak akan terganggu sepanjang tempoh SPP,” tambah Azman Ahmad.

“Selain itu, FGV juga membantu mengurangkan pergerakan pengguna kami semasa SPP melalui Gogopasar, sebuah pasar runcit e-dagang FGV. Gogopasar kini meningkatkan penghantaran ke rumah keesokan harinya untuk sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, daging dan ayam segar demi memenuhi keperluan pengguna di Lembah Klang,” sambung beliau.

Aplikasi Gogopasar boleh didapati untuk pengguna Android dan iOS dan melalui portal www.gogopasar.com.

FGV juga menawarkan pilihan membeli-belah dalam talian sebagai tambahan untuk penggunanya, di mana produk boleh didapati di platform KedaiFGV melalui laman web www.kedaifgv.com, dan juga di Shopee di https://shopee.com.my/kedaifgv.

FGV memastikan bahawa kesuluruhan rantaian bekalan makanan dari bahan mentah hingga pembungkusan dan penghantaran tidak akan terganggu sepanjang tempoh SPP

FGV mempunyai rantaian bekalan bersepadu dari ladang ke meja, terutamanya melalui produk berasaskan sawit yang membantu memastikan bekalan minyak dan lelemak yang mencukupi di pasaran. Melalui sektor Pertanian Bersepadu, FGV menceburi segmen makanan baru seperti tanaman kontan, padi dan juga tenusu untuk menyumbang kepada sekuriti makanan negara dan mengurangkan kebergantungan pada makanan import.

“Bekalan tanaman kontan bernilai tinggi baru kami seperti nanas MD2 dan pisang Cavendish dengan jenama Ladang’57 juga mencukupi dan tersedia di pasaran tempatan sepanjang tempoh SPP.”

“Selain produk pengguna, bekalan produk makanan ternakan FGV di bawah jenama ALMA juga memenuhi permintaan tempatan untuk makanan lembu, kambing, biri-biri dan ayam kerana industri ini juga merupakan industri penting seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan,” tambah Azman Ahmad.

 

TAMAT

 

 

Find