26 March 2020

Kuala Lumpur, 26 March 2020: FGV Holdings Berhad (FGV) has taken proactive steps, as a responsible corporate citizen, to assist Malaysians in need as the country undergoes the Movement Control Order.

A total of 13,000 bags will be distributed under the FGV Food Relief Bag (FGV FreB) / [F.G.V. Free.bee] programme, containing basic foods such as rice, SAJI cooking oil, PRAI sugar, SAJI mountain salt, SAJI instant noodles, SAJI sweetened creamer, SAJI evaporated creamer and SAJI chili sauce, products of the FGV Group.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said the contributions are meant for the B40 group, especially those affected by pay cuts and those dependent on daily wages.

“We understand the needs of the community especially for families in this trying times to ensure that food is always available. Being involved directly in the food supply chain industry, this contribution is very close to the heart and part of the FGV Group’s continuous effort to support the Shared Prosperity Vision 2030,” said Haris Fadzilah.

The first 3,000 of FGV FReB were dispatched on Wednesday, 25 March to selected NGOs namely Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Selangor Division, Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Kapar Division, Selangor and Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).

The balance of the contribution will be distributed to several other locations under the coordination of the Ministry of Plantation and Industries Commodity.

FGV sincerely hopes that this effort will ease some of the burden faced by the less fortunate.

-END-

Kuala Lumpur, 26 Mac 2020: Sebagai syarikat korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, FGV Holdings Berhad (FGV) mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan di saat negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebanyak 13,000 beg di bawah program bantuan makanan FGV ataupun FGV Food Relief Bag (FGV FreB)/ [F.G.V. Fri.bi] akan diagihkan, mengandungi makanan asas seperti beras, Minyak SAJI, Gula PRAI, Garam Gunung SAJI, Mi Segera SAJI, Krimer Pekat Manis SAJI, Krimer Sejat Cair SAJI dan Sos Cili SAJI yang merupakan barangan keluaran Kumpulan FGV. 

Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata sumbangan mensasarkan golongan B40, terutamanya yang terjejas akibat pemotongan gaji dan mereka yang bergantung kepada gaji harian.

“FGV memahami keperluan masyarakat terutama yang berkeluarga untuk memastikan makanan sentiasa ada. Terlibat secara langsung dalam industri rantaian bekalan makanan, bantuan ini sangat dekat dengan kami malahan sumbangan ini juga sebahagian daripada usaha berterusan Kumpulan FGV menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” ujar Haris Fadzilah.

Pengagihan FGV FReB pertama sebanyak 3,000 beg bermula pada hari Rabu, 25 Mac dan dihantar ke NGO terpilih iaitu Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Bahagian Selangor, Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Kapar, Selangor dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).

Selebihnya akan diedarkan ke beberapa lokasi lain dan aktiviti ini akan dikoordinasikan bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Semoga usaha ikhlas ini akan dapat meringankan sedikit-sebanyak beban yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.

Ends.

Find