8 January 2021

On 17 April 2019, Abu Johan bin Aboo Backer held a press conference with Persatuan Pengguna Islam Malaysia where he made statements in respect of a contract entered into between his company and Felda Properties Sdn Bhd. The contract was to carry out construction works for a project in Chuping, Perlis. During the press conference, Abu Johan said various statements which were defamatory against FGV Holdings Berhad and its related entities, including Felda Properties Sdn Bhd, and these statements were reported in various media outlets. After a process of claims in Court and Court-assisted mediation, the dispute between Abu Johan and Felda Properties Sdn Bhd has been resolved.

Abu Johan has agreed to retract his statements against FGV Holdings Berhad and its entities which were said during the press conference. Abu Johan acknowledges that the statements he made were defamatory, apologised for those statements and has agreed not to repeat them again. The Apology Statement read out by Abu Johan in open court on 8 January 2021 at Kuala Lumpur High Court is reproduced below:

PERMINTAAN MAAF MAHKAMAH TERBUKA UNTUK DIBACA OLEH ABU JOHAN YANG BERTAJUK “KENYATAAN PERMINTAAN MAAF”

Pada 17.4.2019, saya, Abu Johan bin Aboo Backer telah mengadakan suatu sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkenaan dengan suatu kontrak No.19/12/16/T yang telah dimasuki antara Perniagaan saya dengan Felda Properties Sdn Bhd untuk menjalankan baki kerja-kerja pembinaan bagi sebuah projek di Chuping, Perlis (“Projek”). Saya telah menyatakan pelbagai pernyataan berkenaan FGV Holdings Berhad, Felda Properties Sdn Bhd, Felda Engineering Sdn Bhd, Allied Engineering Consultancy Services Sdn Bhd dan pengurusan, kakitangan dan pakar perunding mereka (secara kolektif, “Kumpulan FGV dan kakitangan”). Pernyataan-pernyataan saya adalah berkenaan dengan pengurusan Projek oleh Kumpulan FGV dan kakitangan dan jumlah-jumlah yang dikatakan terhutang kepada saya sebagai kontraktor yang berbangkit daripada Projek tersebut bagi kontrak No.19/12/16/T yang diawadkan kepada saya. Saya kini menerima dan mengakui bahawa pernyataan-pernyataan yang telah dinyatakan oleh saya adalah bersifat fitnah dan tidak benar, termasuk jumlah RM4 juta yang kononnya terhutang kepada saya. Saya dengan tegasnya menarik balik pernyataan-pernyataan tersebut. Saya mengakui bahawa tidak terdapat kebenaran atau asas kepada sebarang tuduhan yang telah dibuat oleh saya dan saya telah dibayar sepenuhnya untuk jumlah-jumlah yang terhutang kepada saya yang berbangkit daripada Projek tersebut di bawah kontrak No.19/12/16/T. Saya dengan ikhlasnya menyesal terhadap kerosakan yang ketara, kesusahan dan rasa malu yang diakibatkan kepada nama baik Kumpulan FGV dan kakitangan yang disebabkan oleh pernyataan-pernyataan tersebut. Saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara ikhlas dan menyatakan kekesalan saya kerana membuat pernyataan-pernyataan tersebut, dan tidak akan mengulangi pernyataan-pernyataan tersebut.

 FGV HOLDINGS BERHAD

Pada 17 April 2019, Abu Johan bin Aboo Backer telah mengadakan sidang media dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di mana Abu Johan telah membuat pernyataan berkenaan dengan kontrak yang dimeterai antara syarikatnya dengan Felda Properties Sdn Bhd. Kontrak tersebut adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan untuk suatu projek di Chuping, Perlis. Semasa sidang media tersebut, Abu Johan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bersifat fitnah terhadap FGV Holdings Berhad dan entiti-entiti yang berkaitan dengannya, termasuk Felda Properties Sdn Bhd, dan pernyataan ini dilaporkan di pelbagai media. Setelah proses tuntutan di Mahkamah dan proses mediasi yang diterajui oleh Mahkamah, perselisihan antara Abu Johan dan Felda Properties Sdn Bhd telah diselesaikan.

Abu Johan bersetuju untuk menarik balik pernyataannya terhadap FGV Holdings Berhad dan entiti-entitinya yang dikatakan semasa sidang media itu. Abu Johan mengakui bahawa pernyataan yang dibuatnya adalah bersifat fitnah, memohon maaf atas pernyataan tersebut dan telah bersetuju untuk tidak mengulanginya lagi. Kenyataan Permintaan Maaf yang dibacakan oleh Abu Johan di mahkamah terbuka pada 8 Januari 2021 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diterbitkan semula di bawah:

Find