28 May 2018

For the first quarter of its financial year ending 31 March 2018, FGV Holdings Berhad (FGV) registered a Profit Before Tax of RM 26.22 million, a significant improvement from the loss of RM32.26 million recorded in the previous corresponding quarter. This improved performance is attributable to enhanced productivity and improved contributions from the Sugar and Logistics & Support Business (LSB) sectors.

FGV’s Profit After Tax rose from a loss of RM32.20 million in Q1 2017 to RM8.47 million for the period under review, while its revenue declined by 17% to RM3.6 billion compared with RM4.3 billion in the previous corresponding quarter.

The Sugar Sector recorded a profit of RM22.01 million in Q1 2018, compared with a loss of RM23.16 million in the previous corresponding quarter. This is mainly attributable to lower raw material costs, favourable foreign exchange rate, and a reduction in administrative expenses by 33.0%, quarter-on-quarter.
The LSB Sector recorded a profit of RM25.36 million in Q1 2018, compared with a loss of RM39.50 million in the previous corresponding quarter. This was mainly attributable to higher throughput in the bulking business, and increased tonnage carried by the Group’s transport operations.

Despite improved productivity and a higher sales volume, the Plantation Sector recorded a profit of RM 18.29 million, representing a 61.4% decrease, compared with the previous corresponding quarter. This is due to lower average CPO price realised of RM2,472 per MT compared with RM3,061 per MT in Q1 2017. The Sector recorded a significant improvement in operational performance, with an 18.4% and 23% increase in CPO and FFB production, respectively, quarter-on-quarter.

“I am heartened with the operational improvements that we have recorded,” Dato’ Zakaria Arshad, FGV’s Group President and Chief Executive Officer said. “The renewed focus on operational improvement to increase productivity is bearing fruit.”

We expect to see this improving trend to continue, as we are already seeing the results of efforts to enhance our performance. FGV has recruited sufficient labour to meet its requirements. Also, we have been aggressively replanting to correct our age profile

He added that FGV will continue to push for greater productivity and cost efficiency in every sector. “We expect to see this improving trend to continue, as we are already seeing the results of efforts to enhance our performance. FGV has recruited sufficient labour to meet its requirements. Also, we have been aggressively replanting to correct our age profile.

“There is still much to do. We are focused on delivering results,” Zakaria said.

Bagi suku pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac 2018, FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai sebanyak RM26.22 juta, peningkatan yang ketara berbanding kerugian RM32.26 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu. Prestasi yang memberangsangkan ini disokong oleh peningkatan produktiviti dan sumbangan yang lebih baik daripada Sektor Gula dan Logistik & Perniagaan Sokongan (LSB).

Keuntungan Selepas Cukai FGV meningkat daripada kerugian RM32.20 juta dalam Suku Pertama 2017 kepada RM8.47 juta bagi pada suku pertama tahun ini, sementara perolehannya menurun sebanyak 17% kepada RM3.6 bilion berbanding RM4.3 bilion.

Sektor Gula mencatatkan keuntungan sebanyak RM22.01 juta pada suku pertama 2018, berbanding dengan kerugian sebanyak RM23.16 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya. Ini sebahagian besar disumbangkan oleh kos bahan mentah yang lebih rendah, kadar pertukaran asing yang menggalakkan dan penurunan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 33.0% berbanding suku sama tahun lalu.

Sektor LSB mencatatkan keuntungan sebanyak RM25.36 juta pada suku pertama 2018, berbanding dengan kerugian sebanyak RM39.50 juta pada suku tahunan sebelumnya. Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan yang lebih tinggi dalam perniagaan pukal dan peningkatan jumlah pengangkutan yang dibawa oleh operasi pengangkutan Kumpulan.

Walaupun produktiviti yang lebih baik dan jumlah jualan yang lebih tinggi, keuntungan Sektor Perladangan menurun sebanyak 61.4%, kepada RM18.29 juta, berbanding suku tahunan yang sama sebelumnya. Ini disebabkan oleh harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih rendah yang dicapai sebanyak RM2,472 setiap MT berbanding dengan RM3,061 setiap MT pada suku pertama 2017. Sektor ini mencatatkan peningkatan yang ketara dalam prestasi operasi, dengan peningkatan masing-masing sebanyak 18.4% dan 23% dalam pengeluaran MSM dan pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS).

“Saya berbesar hati dengan penambahbaikan operasi yang telah kami catat,” kata Dato’ Zakaria Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV. “Tumpuan yang diberikan kepada penambahbaikan operasi untuk meningkatkan produktiviti telah membuahkan hasil.”

Kami berharap untuk melihat trend peningkatan ini akan berterusan, kerana kami sudah melihat hasil usaha kami ketika ini. FGV telah mengambil pekerja yang mencukupi untuk memenuhi keperluan. Kami juga telah melaksanakan tanam semula secara agresif untuk memperbaiki profil usia pokok kami

Beliau menambah, FGV akan terus mendorong peningkatan produktiviti dan kecekapan kos dalam setiap sektor. “Kami berharap untuk melihat trend peningkatan ini akan berterusan, kerana kami sudah melihat hasil usaha kami ketika ini. FGV telah mengambil pekerja yang mencukupi untuk memenuhi keperluan. Kami juga telah melaksanakan tanam semula secara agresif untuk memperbaiki profil usia pokok kami.

“Masih banyak yang perlu dilakukan. Kami akan lebih fokus untuk menyampaikan hasil yang lebih baik,” kata Zakaria.

-Tamat-

Find